wkwkwkkwkw ckckckck

Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil | Apapun memang boleh dijadikan koleksi , mungkin itulah yang difikirkan oleh remaja berasal dari India ini . Tushar Lakhanpal pun memilih mengumpul pensil hingga sudah mencecah 14 ribu batang .
Tushar mendakwa koleksinya dengan pelbagai bentuk berasal dari 40 negara di seluruh dunia . Tidak hairan , remaja berusia 15 tahun ini yakin koleksinya boleh memecahkan rekod dunia . Saat ini ia sudah masuk buku rekod Limca India dan sedang berusaha mendaftarkan diri di Guinness Book of Records .
Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil2 Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang PensilHobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil3 Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang PensilHobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil4 Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang PensilHobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil5 Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang PensilHobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil6 Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang PensilHobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil7 Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang PensilHobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil8 Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang PensilHobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil9 Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil
Salah satu koleksi remaja di New Delhi ini adalah dua pensil yang agak mahal di dalam kotak yang didakwa pernah digunakan Ratu Elizabeth II . Untuk saiz , yang terbesar iaitu sepanjang 2.5 meter dan lebar 29 cm .
Sedangkan pensil terkecilnya adalah sepanjang 4 cm . Tushar mulai mengkoleksi pensil sejak usia 4 tahun dan dibantu oleh pekerjaan ayahnya yang seorang pilot . Jika harga pensil incarannya terlalu mahal maka ia meminta bantuan dana dari keluarga besarnya .
Keluarga jauhku juga tahu aku pengumpul pensil sehingga sering menghantar dari berbagai tempat mereka berada , ” ungkapnya . Hingga kini Tushar masih menambah koleksi beliau untuk melampaui rekod Emilio Arenas dari Uruguay yang punya 14.552 pensil .
Pengumpul pensil terbanyak sedunia memang masih dipegang Emilio yang mengumpulkan dari 60 negara pada Ogos 2011 . Ia sudah mengumpulkan sejak 1956 atau 60 tahun lebih awal dari Tushar .


Sumber: Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil | Fuh.My 

Datuk Seri Azizan Akan Jalani Pembedahan Potong Kaki


Datuk Seri Azizan Akan Jalani Pembedahan Potong Kaki | Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

- Bernama

Sama-sama lah kita doakan agar Datuk Seri Azizan selamat dan kakinya tidak akan dipotong.

Rafizi Ketuai Pasukan Kumpul Bukti Penipuan PRU13


Rafizi Ketuai Pasukan Kumpul Bukti Penipuan PRU13 | PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan penyiasat untuk mengumpul bukti serta sebarang penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Perkara itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut Anwar, pasukan penyiasat itu terdiri daripada pimpinan tertinggi dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat dan akan memulakan siasatan ke atas seluruh negara.

"Pasukan beliau (Rafizi) akan memadankan bukti-bukti tersebut dengan analisa keputusan di setiap kawasan Parlimen yang keputusannya telah diselewengkan," kata Anwar.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan bukti kepada orang ramai bahawa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi pilihan raya ini melalui penipuan dan penyelewengan," katanya lagi.

Pasukan itu juga kata Anwar telahpun memulakan tugas untuk mengumpul semua maklumat dan bukti penipuan dan penyelewengan di seluruh negara.

Anwar sebelum ini mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak dapat menerima keputusan pilihan raya bagi kawasan yang dipertikai dan menunggu penjelasan dari SPR.